URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 KE GRED DG48 YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DI KPM

23 May 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 24 MEI 2016 hingga 30 JUN 2016.

Urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai PPPLD Gred DG29/DG32/DG34/DG38 dan PPP yang BELUM MENGGUNAKAN TEMPOHpengalaman Ex-PPPLD SAHAJA.

Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.

Sekian.

SURAT SIARAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT TBBK EX-PPPLD DG48 FASA 2 2016